Pada 1 dan 2 Ogos 2018, satu pertandingan Projek Based Learning telah diadakan di sekolah tuan rumah iaitu di SMK Lok Yuk, Kota Kinabalu. Pertandingan ini merupakan pertandingan peringkat Daerah Kota Kinabalu. Terdapat banyak penyertaan pada hari tersebut. SM La Salle, Kota Kinabalu telah menghantar 5 buah pasukan sebagai penyertaan. Berikut adalah pencapaian pasukan-pasukan dari SM La Salle, Kota Kinabalu.
Anugerah ‘Gold’, PBL ‘MetCon’ di bawah pimpinan Dr Wong Ken Keong
Anugerah ‘Silver’, PBL ‘ElectroComp’ di bawah pimpinan En Chua Chun Fah
Anugerah ‘Silver’, PBL ‘IDEAL 3M6H’ di bawah pimpinan Puan Olivia Geraldine Lazaroo
Anugerah ‘Silver’, PBL ‘Teko Box’ di bawah pimpinan Pn Intan Iyen Rasidah
Anugerah ‘Gangsa’, PBL ‘Friendship Garden’ di bawah pimpinan En Oswald Babie Lunus
Laporan disediakan oleh,
Pn Olivia Geraldine Lazaroo