Pada 24 hingga 26 Oktober 2018, kami (Pn. Jackellin Ak Jee Majid dan Pn. Olivia G. Lazaroo) dari SM La Salle, Kota Kinabalu, Sabah telah menyertai pertandingan inovasi dalam I-CET (International Conference of Education Information) 2018 di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak. Ia merupakan anjuran ALUMNI Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching (MPBL) yang melibatkan penyertaan dari Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Denmark. Dalam pertandingan tersebut, inovasi yang kami pertandingkan iaitu ThinkQ Grid telah berjaya mendapat tempat ke-2 daripada 28 penyertaan. Kenangan manis ini juga turut dikongsi bersama dengan seorang lagi rakan sejawat, En. Jong Chee Ming yang berjaya mendapat saguhati bagi inovasinya, Perspektor (Alat Bantuan Lukis Membuat Lakaran Perspektif Titik Lenyap). Berikut adalah suasana aktiviti sepanjang pertandingan dan persidangan dijalankan;
Laporan disediakan oleh Pn. Jackelin G. Majid