Perkhemahan Jati Diri SM La Salle Kota Kinabalu 2018

Pada 2 hingga 3 November 2018, bertempat di persekitaran sekolah kampus junior, Persatuan Pengakap dengan kerjasama Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) dan Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah menganjurkan Perkhemahan Jati Diri SM La Salle Kota Kinabalu 2018. Objektif perkhemahan ini adalah :

1. Mengetahui dan mempelajari kemahiran-kemahiran asas perkhemahan.
2. Membina kendiri yang positif dalam aktiviti kokurikulum.
3. Melahirkan pelajar yang menjauhi gejala sosial.
4. Merapatkan lagi hubungan silaturahim antara peserta.
5. Melahirkan pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum

Sesi taklimat perkhemahan yang disampaikan oleh Cikgu Suhaili

Sesi pemasangan khemah dan penerangan berkaitan hal-hal perkhemahan

Ustaz Firdaus dan Cikgu Idris bersama pelajar gigih menyiapkan hidangan BBQ untuk peserta perkhemahan

Ustaz Firdaus memberi penerangan dan melatih peserta perkhemahan yang beragama Islam untuk memberi tazkirah (peringatan atau nasihat)

Meskipun sibuk namun jalinan keakraban dan kerjasama tetap utuh dalam kalangan rakan-rakan sekerja

Antara aktiviti yang dilaksanakan

Penyampaian hamper kepada urusetia dan peserta perkhemahan

“The Magnificent Seven” Urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan perkhemahan yang diketuai oleh LaSallian Muhammad Suhail Aiman Bin Suhaili

Terima kasih kepada pengetua, penolong kanan ko-kurikulum, guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini. Semoga bertemu lagi dalam Perkhemahan Jati Diri SM La Salle, Kota Kinabalu pada tahun hadapan. Sekian

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close