Lawatan Team MyGeek SM La Salle ke Kinabalu Coders 2018

Pada 8 November 2018, ahli-ahli MyGeek SM La Salle Kota Kinabalu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kinabalu Coders yang bertempat di Wisma Bandaraya. Rombongan sekolah disertai seramai 14 murid dan diiringi oleh 2 guru iaitu Pn. Intan Rasyida Binti Muhammad Iyen dan En. Suhaili Hj. Ahmad. Tujuan lawatan ini adalah memperkenalkan Smart Space kepada pelajar yang mana para pelajar boleh menggunakan fasiliti yang ada untuk menyiapkan projek mereka dalam pertandingan #Mygeek-a-thon yang akan berlangsung pada Januari 2019. Berikut antara paparan sewaktu lawatan .

Kelihatan Cik Rachel, Setiausaha Kinabalu Coders, gigih memberi penerangan.

Giliran Pengerusi Kinabalu Coders yang juga Ex LaSallian iaitu En. Arthur memberi penerangan kepada para peserta.

Memang terbaik dan diucapkan terima kasih kepada team Kinabalu Coders atas layanan mesra dan penerangan yg diberikan. Semoga dapat memberi manfaat kepada para peserta sekalian 💪🏽💪🏽💪🏽

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close