Pada 10 November 2018 (Sabtu), bertempat Orkid Room, Hotel Promenade telah dianjurkan acara tahunan sekolah iaitu Hari Kualiti SM La Salle 2018 bertemakan “Integriti Teras Profesionalisme Guru”. Program ini bukan sahaja dihadiri oleh guru-guru malah disertai kakitangan AKS.
Matlamat program ini adalah :
~ memberi apresiasi kepada para pendidik la salle dalam merealisasikan kemenjadian pelajar dari aspek rohani, jasmani, sahsiah, intelek dan spiritual.
~ memberi suntikan motivasi dan semangat kepada para pendidik la salle untuk lebih cemerlang dan gemilang dalam profesion pendidikan
Tahun ini, warga La Salle bertuah kerana penceramah program ini disampaikan oleh Tuan Cr. Hj. Mohd. Mokhtar Imam Hj. Nor yang merupakan perunding motivasi MBK Dynamics Consultant. Beliau juga merupakan bekas Ketua Sektor di Pejabat Pendidikan Negeri Sabah. Berikut antara paparan sewaktu program berlangsung.
Sesi pendaftaran
MC terbaik
Sebelum program bermula
Ceramah oleh Tuan Hj. Md. Mokhtar
Melihat peti ajaib
“Suci Dalam Debu”
Terima kasih Tuan Haji atas perkongsian yang diberikan
Selepas itu, upacara penyampaian anugerah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru yang telah menjalankan tugas dengan jayanya sepanjang tahun 2018. Upacara ini dimulakan dengan ucapan Pengetua Cemerlang, Pn. Mary Macdalena A. Komuji.
Antara penerima-penerima anugerah :
Puan Maimon Bujai. Penerima Anugerah Khas Pengetua 2018
Puan Intan Rasyida Binti Muhammad Iyen. Penerima Anugerah Khas Pengetua 2018
En. Suhaili Hj. Ahmad. Penerima Anugerah Inovasi dan Kreativiti Guru 2018
En. Lo Su Thong. Penerima Anugerah Kajian Tindakan Terbaik 2018
Pn. Aimah @ Siti Binti Shamsudin. Penerima Anugerah Staf Sokongan Terbaik 2018
Untuk gambar-gambar lanjut sila klik pautan berikut 👇🏽👇🏽