Program ini dianjurkan oleh Bidang Bahasa, Votek, Kemanusiaan; dan Sains dan Matematik. Program ini bertujuan untuk peningkatan pemahaman dan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pelajar, penguasaan kemahiran teknikal, pendedahan dalam bidang kemanusiaan dan kemahiran dalam sains dan matematik bagi persediaan dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Program ini dijalankan selama 3 hari, dari 13 – 15 November 2018, bertempat di SAC SM La Salle. Berikut adalah corat-coret sepanjang program dijalankan.