PENDAHULUAN
Pada tahun 2014, guru-guru penasihat dan pihak CIDB telah memutuskan untuk menjalankan satu projek bagi setiap kelab CIDB bergantung kepada keperluan kelab dan sekolah masing-masing. Guru-guru penasihat dan lima orang ahli kelab sebelum ini diberikan pendedahan awal dengan menghadiri Kursus seperti Simen fero, Asas Landskap, Asas Bata dan Pemasangan Jubin, pemasangan plaster syiling, pemasangan bumbung dan juga kursus BOM (penyelenggaraan bangunan) yang dianjurkan pihak ABM dan CIDB bertempat di ABM, Menggatal. “LASALLIAN FRIENDSHIP GARDEN” merupakan cetusan idea daripada puan pengetua SM La Salle semasa menyertai Pertandingan Landskap pada tahun 2014. Dan taman ini telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Taman ini telah berjaya mendapat sambutan daripada warga La Salle terutama pelajar-pelajar di kampus junior. Mereka menjadikan tempat ini sebagai tempat berehat dan berinteraksi serta tempat mengulangkaji pelajaran. Pada tahun 2018 taman ini dipertandingkan untuk anugerah Project Base Learning dalam pertandingan inovasi diperingkat sekolah dan mendapat Anugerah Gangsa dalam pertandingan PBL diperingkat daerah. Oleh kerana itu, Kelab Pembinaan CIDB SM La Salle memutuskan untuk menyelengara dan menambah lagi kemudahan di taman ini bagi tujuan kemudahan warga La Salle.
SEMASA
Projek ini melibatkan kemahiran pelajar dan kesungguhan Kelab Pembinaan setiap sekolah untuk menjayakan program bersama pihak CIDB MALAYSIA. Setelah berbincang semua guru penasihat kelab Pembinaan CIDB daerah Kota Kinabalu bersetuju bahawa projek tahun 2018 memberikan tumpuan kepada penyelenggaraan projek yang telah ada juga apa sahaja syarat dan tempoh masa yang diberikan. Dalam usaha untuk memberikan latihan dan bimbingan terhadap ahli kelab, pembaikan dan penyelenggaraan tidak terhad kepada projek yang telah dilaksanakan sebelum ini tetapi ahli kelab juga boleh meluaskan aktiviti kepada membaiki apa sahaja kerosakan-kerosakan kecil di sekolah. Tempoh masa yang bermula pada 3 September 2018 hingga 3 November 2018 digunakan sebaik mungkin. Selama sembilan minggu ahli kelab melaksanakan aktiviti pembaikan di sebelah petang dan juga pada setiap hari Sabtu kecuali minggu peperiksaan . pemantauan projek oleh pegawai dilantik dari CIDB Malaysia telah dilakukan pada 14 November 2018 jam 2.30pm.
Laporan disediakan oleh,
En. Oswald B. Lunus
Guru Penasihat Kelab CIDB
Sekolah Menengah La Salle Kota Kinabalu