JK IT & Multimedia SM La Salle telah mengadakan Bengkel ICT untuk para guru dan AKP. Bengkel ini bertujuan sebagai perkongsian kemahiran ICT agar dapat membantu para guru dan AKP dalam hal-hal berkaitan ICT. Pengisian bengkel ini telah disampaikan oleh En. Suhaili Hj. Ahmad dan En. Sim Zeh Shing. Antara pengisian bengkel ini ialah:
1. Asas Penyelenggaraan Komputer
2. Perbincangan dan Pemantapan eRPH melalui Google Drive
3. Pembentangan Power BI
4. Penggunaan Excel dalam Tugasan
Bengkel ini telah diadakan pada 19 November 2018 (Isnin) yang bertempat di Bilik Komputer Kampus Junior bermula 08.00 am hingga 12.30 pm. Penganjuran bengkel ini juga bertuah kerana dijamu dengan hidangan makan dan minum yang disediakan oleh Kelab Staf SM La Salle. JK IT & Multimedia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terutama puan pengetua kerana sudi menghadiri bengkel yang dianjurkan. Semoga bengkel yang dianjurkan ini memberi manfaat kepada semua. 😊😊😊