Kem Badminton 2018

Pada 15 November 2018 (Rabu), Kelab Badminton telah mengadakan Kem Badminton dan Program Kecemerlangan Badminton SM La Salle. Program ini dijalankan bertempat di Dewan Kampus Senior daripada jam 07.00 am hingga 12.30 pm. Objektif program ini ialah menyediakan pelajar untuk Kejohanan Badminton MSSD Kota Kinabalu 2019, melatih pelajar untuk pertandingan-pertandingan persahabatan yang akan dirancang sepanjang tahun, meningkatkan prestasi pencapaian pasukan badminton sekolah dan mencungkil bakat baru dan pelapis pasulan sekolah. Program ini dikendalikan oleh Encik Krist Nicholl iaitu Jurulatih Pasukan MSSN Sabah dari SM Lok Yuk Likas.

Laporan disediakan oleh En. Chua Chun Fah

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close