Pada 23 November 2018, telah diadakan majlis perpisahan sempena perpindahan dua orang guru iaitu Pn. Maimon Bujai dan Pn. Nurul Ain Dullah. Ini juga merupakan majlis perpisahan yang kedua untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat di SM La Salle Kota Kinabalu. Perpindahan mereka tidak dapat dielak lantaran terpaksa mengikuti keluarga mereka yang telah berpindah ke semenanjung.
Majlis dimulakan dengan ucapan Pengetua Cemerlang, Pn. Mary Macdalena A. Komuji
Seterusnya, Pn. Maimon menyampaikan cendera kenangan kepada puan pengetua.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cendera hati daripada Kelab Staf, wakil guru, panitia-panitia dan ketua-ketua bidang kepada yang diraikan.
Pada majlis ini, Pn. Maimon dan Pn. Nurul Ain berkesempatan untuk memberi ucapan. Berikut adalah teks ucapan mereka.
“Bismillahirrahmaniraahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Ibarat sirih pulang ke gagang, belut pulang ke lumpur, begitulah lumrah perantau. Sampai masa dan ketika akan kembali semula ke pangkuan keluarga. Dalam mengharungi kerjaya sebagai guru, perpindahan adalah perkara biasa yang perlu dilalui. Begitu juga dengan diri ini yang perlu melalui sekali lagi proses perpindahan sekolah.
Sepanjang lima tahun di SM La Salle pelbagai peristiwa dalam dunia pendidikan dilalui bersama, pasti ada ketika menimbulkan rasa suka dan duka. Mungkin ada kata-kata yang tidak sedap didengar, ada riak muka yang menyinggung perasaan, saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf kepada semua rakan-rakan supaya jangan disimpan di dalam hati, moga perjalanan saya mendapat ketenangan. Hendak menyebut nama terlalu panjang untuk ditulis, tapi semua warga La Salle pasti tersemat di hati dan akan menjadi kenanngan indah sepanjang lima tahun berada di bumi Sabah, negeri di bawah bayu.
Terima kasih kepada Pn Pengetua, Pn Mary yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam saya menjalankan tugas. Kepada Pn Rahnah, terima kasih atas kepercayaan yang diberi sepanjang saya menjadi Setiausaha Kurikulum, jika ada kesilapan dalam menjalankan tugas ini mohom dimaafkan. Kepada rakan guru yang lain khasnya cikgu Bahasa Melayu dan Sejarah, jika ada ilmu yang baik bolehlah disambung, yang kurang sama-samalah kita tingkatkan. Dalam era ini semuanya mudah diperoleh, segalanya terpulang kepada diri kita sendiri.
Akhir kata, saya sentiasa mendoakan semoga SM La Salle terus gemilang dan berjaya melahirakn pelajar yang boleh berbakti kepada keluarga dan negara. Kepada semua rakan guru semoga terus berjaya dalam kerjaya mulia kita ini dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus menabur bakti. Doakan perjalanan saya dipermudahkan juga dan diberikan kesihatan yang baik untuk menghabiskan baki enam tahun lagi dalam perkhidmatan. Semoga kita semua diberi rezeki untuk berjumpa lagi selepas ini.
Hari ini menanam jagung,
hari esok menanam serai.
Hari ini kita berkampung,
hari esok kita bersurai.
Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan.
Intai kami antara Nampak,
esok jangan rindu-rinduan.
Pertemuan kita berakhir di sini, apa yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Semoga silaturahim yang terjalin berkekalan walau terpisah lautan. Salam sayang untuk semua warga La Salle, janganlah bersedih kerana yang patah pasti akan tumbuh, yang hilang pasti ada ganti”.
Ikhlas daripada Maimon Bujai (23 Januari 2014 – 31 Disember 2018)
“Looking back on my brief experience in SM La Salle, I can now smile at the memories of my first terrible attempts at teaching KSSM Science and P.Moral, as well as negotiating my way around classes of 40-plus smart-mouthed, apathetic boys of whom most did not consider me a woman.
As with most learning experiences, everything was painful at first. But in the end, I can say I’ve learned so much more about myself as a teacher. Though on some days it felt as if I was operating on sheer willpower, I came to truly love entering the school gates each morning as time passed and I settled into the warmth and comfort offered by the teachers, especially in the Junior Campus. And through their example, I was determined to uphold the values and traditions that the school stands for. I can safely say I had more sweet memories than bitter ones. This experience will be close to my heart, and I can only hope I’ve left behind some reasons to be missed here.
Thank you to all the wonderful teachers who were kind enough to share with me your support, knowledge and wisdom. Thank you to all the helpful staff in the office, including the lab assistants who were efficient and understanding from Day One. Thank you for all the opportunities I had to grow professionally and personally throughout my time in La Salle.
I believe that Allah sends us where we are needed the most. And because it is often hard where we are needed, He compensates our grief and difficulties with the joy of meeting people who can guide and enrich our lives. It is only when we leave that we truly realize the beauty and impact of these fated meetings. Until we meet again, SM La Salle. Goodbye for now”.
Love, Nurul Ain
Sebelum menjamu selera, bacaan doa telah dibacakan oleh Utz Mohd Firdaus Yusop.
Admin selaku wakil Sidang Redaksi Web, JK IT dan Multimedia serta para guru SM La Salle mengucapkan selamat berpindah dan semoga Pn. Maimon dan Pn. Nurul Ain sukses dan memperolehi kecemerlangan di tempat baharu. Kehilangan kalian berdua pasti dirasai. Sekian.