Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan DBKK serta Sri Pelancongan Sabah SDN BHD telah menganjurkan Pertandingan Sand Castle sempena Tanjung Aru Beach Festival 2018. Pertandingan ini telah diadakan bertempat di Pantai Tanjung Aru pada 24 November 2018. Pertandingan ini telah disertai 9 pelajar tingkatan 4 SM La Salle dan telah bahagi kepada 3 kumpulan (3 orang satu kumpulan). Tujuan adalah untuk memupuk semangat memelihara kehidupan alam sekitar dan kehidupan habitat marin. Berita gembiranya ialah salah satu kumpulan SM La Salle telah memenangi Naib Johan serta wang tunai RM200 manakala 2 kumpulan lain telah mendapat hadiah sagu hati yang bernilai RM50 tunai.
Laporan disediakan oleh En Jong Chee Ming
Tahniah!!! – Admin