Keputusan PT3 2018

Penyerahan Slip Keputusan PT3 2018 telah dijalankan pada 13/12/2018 (Khamis) bertempat di Dewan Blok Senior bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengahari.

Keputusan yang diserahkan kepada seramai 196 calon pada hari tersebut ialah keputusan Ujian Bertulis PT3, Laporan Pencapaian PBD (Pentaksiran Bilik Darjah), Laporan Ujian Psikometrik, Laporan Ujian SEGAK dan Laporan PAJSK.

Berikut merupakan senarai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang PT3 2018:
1- Raymond Lo Chee Shuan: 9A
2- Aaron Clarence Kissol: 9A
3- Alexandre Narbert: 9A
4- Muhammad Nabil Arbee: 9A1B
5- Allan Leong Wei Kin: 8A1C

Secara keseluruhan, Gred Purata Sekolah (GPS) untuk PT3 pada tahun 2018 ialah 3.59.

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat! Semoga terus cemerlang di masa yang akan datang.

Laporan disediakan oleh,

Pn. Intan Rasyida Bt Mohd Iyen
S/U PT3 SM La Salle KK

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close