Pengenalan
Program ini merupakan satu inisiatif pelaburan sosial oleh pihak SHELL Malaysia untuk memberi pendedahan awal dan menerapkan minat pelajar terhadap bidang STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics). Program 3 tahun ini (2017-2020) dijangka dapat memberi impak secara langsung kepada peserta daripada 15 sekolah terpilih di seluruh negara.
Berita
Pada 23 Januari 2019, telah berlangsung #MyGeek-a-thon kali ke-2 bertempat di Dewan SAC, Kampus Junior, SM La Salle. Program ini merupakan acara kemuncak setelah pelajar yang terlibat (#MyGeekCrews) selesai menjalani 32 jam bengkel bersama-sama dengan #MyGeekCoach: Mdm Jasmin dan Mr Gan.
Sebanyak 10 kumpulan terdiri daripada 3 orang #MyGeekCrews bertanding pada kali ini. Setiap kumpulan diminta menghasilkan satu projek berdasarkan tema yang diberi iaitu Sustainability Living System. Projek mereka telah dihakimi oleh Mr Kenny Huah (Pengurus Kewangan Shell Sabah), Mr Darren Santani (Wakil daripada SabahNet) dan Mdm Jasmine Tea (Wakil daripada Chumbaka).
Berikut merupakan keputusan rasmi untuk #MyGeek-a-thon 2019:
Johan: Kumpulan TITANS (Danish, Abenezer dan Syukri)
Naib Johan: Kumpulan Futurastic Men (Ryan, Elther dan Ian Carter)
Ketiga: Kumpulan Super Coders (Suhail Akmal, Izzuan dan Heris)
Tahniah juga diucap kepada 7 kumpulan yang lain yang turut berjaya menghasilkan projek yang sangat menarik. Kumpulan TITANS dan Futurastic Men akan mewakili SM La Salle ke peringkat negeri pada bulan Mac nanti. Doakan kejayaan mereka!
Laporan disediakan oleh,
Pn. Intan Rasyida Mohd Iyen