25-26 Jan 2019
Entry hari ni tidak sempat untuk berkongsi acara saringan pada 25hb…namun persaingan mencantikkan khemah sudah bermula. Khemah rumah sukan mula dihias dengan warna tema rumah sukan masing-masing bermula pada petang 25 Jan 2019.
TODAY IS THE DAY!!! (26.01.2019)
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba!…Kemuncak Temasya Sukan Olahraga La Salle berlangsung.
Dimulakan dengan acara perasmian dengan perarakan masuk kontinjen ke dalam padang. Dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Conidon Wong, wakil Alumni La Salle dan Sacred Heart dan semua kontinjen telah melakukan lintas hormat di hadapan tetamu kehormat.
Semua warga la salle memberikan komitmen yang sangat luar biasa walaupun diuji dengan keadaan cuaca yang hujan. Apapun tetap bersukan kita hari ni π.
Selepas selesai majlis Perasmian, 4 acara akhir dan Acara Terbuka telah berlangsung dan semestinya pingat emas menjadi rebutan. Acara tersebut ialah;
200 meter akhir LC, LB, LA
400 meter akhir LC, LB, LA
Lompat jauh akhir LB, LA
4 X 100 meter akhir LC, LB, LA
Acara Terbuka : 4 X 100m & 8 X 50 meter
Pertandingan Perbarisan dan Pertandingan Khemah Tercantik juga berlangsung seiring dengan acara yg melibatkan atlit. Diucapkan tahniah dan syabas kepada semua ketua guru rumah sukan yang sentiasa bersabar dengan atlit masing-masing, para atlit la Salle yang bersungguh-sungguh dan menunjukkan disiplin yang baik, semua guru yang bertugas sama ada pegawai kejohanan mahupun yang melatih pasukan perbarisan rumah masing-masing serta yang meluangkan masa menghias khemah rumah sukan.
Temasya Sukan Olahraga SM La Salle telah melabuhkan tirainya. Moga sukan @lasalle semakin maju pada masa akan datang. Tahniah kepada semua! Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga la salle!πππ..
Anak-anak Sains Sukanπ you are the besttttttt!!!