La Salle Juara L18TB Tenpin Boling MSSDKK 2019

Kejohanan Tenpin Boling MSSD Kota Kinabalu 2019 telah berlangsung pada 29 hingga 31 Januari 2019, bertempat di CPS Bowl, Kota Kinabalu. Kejohanan ini mempertandingkan 6 kategori iaitu L12TB, P12TB, L15TB, P15TB, L18TB dan P18TB. Peserta 12TB bermain sebanyak 6 permainan manakala peserta 15TB dan 18TB masing-masing bermain sebanyak 8 permainan. Terdapat 24 buah sekolah yang menyertai kejohanan ini.

La Salle telah menghantar pasukan Tenpin Boling yang terdiri daripada Muhammad Zulhilmi Zulkiplee, Awang Syazrieff Azriel bin Awang Jasrie dan Muhd Afiq Danial Bin Hidam bagi kategori L18TB; dan Muhd Adam Hamizan Bin Ag Ismail dan Dennis Lai Teck Leong bagi kategori L15TB. Pasukan ini juga telah disertai oleh seorang guru pengiring iaitu En. Suhaili Hj. Ahmad.

Seperti kejohanan tahun sudah, La Salle melalui Muhammad Zulhilmi Zulkiplee, sekali lagi telah menjuarai kejohanan kali ini bagi kategori L18TB. Lebih manis lagi apabila peserta La Salle, Muhd Adam Hamizan Bin Ag Ismail telah merangkul naib johan bagi kategori L15TB. Melalui kemenangan ini, kedua-dua mereka telah dipilih untuk mewakili Daerah Kota Kinabalu ke kejohanan seterusnya.

Syabas & tahniah diucapkan kepada pasukan Tenpin Boling La Salle.

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close