La Salle Naib Johan L15TB Kejohanan Boling Tenpin MSSS Sabah 2019

Pada 4 – 7 Mac 2019, telah berlangsung Kejohanan Boling Tenpin MSSS Sabah 2019 bertempat di CPS Bowl, Centre Point Sabah Kota Kinabalu. Dalam Kejohanan tersebut, seramai 3 Lasallian telah terpilih untuk mewakili Daerah Kota Kinabalu. Peserta La Salle yang terpilih ialah Muhd Zulhilmi Zulkifli (L18TB), Muhd Adam Hamizan dan Dennis Lai (L15TB)

Muhd Adam Hamizan telah berjaya memperolehi naib johan manakala Dennis Lai berjaya menduduki tempat ketiga masing-masing bagi kategori L15TB. Muhd Zulhilmi Zulkifli pula telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori L18TB. Dengan kejayaan ini, ketiga-tiga mereka dipilih mewakili negeri Sabah ke Kejohanan Tenpin Boling MSSM 2019 di peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga peserta La Salle.

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close