#MyGeek-a-thon State Finals 2019

Pada hari Khamis, 21 Mac 2019 telah berlangsung #MyGeek-a-thon peringkat negeri Sabah di Plaza Shell, Kota Kinabalu. Dua kumpulan yang mewakili SM La Salle ke peringkat negeri ialah kumpulan TITANS (Abenezer, Danish & Syukri) dan kumpulan VEGA (Ryan, Ian & Elther). Kedua-dua kumpulan ini layak ke peringkat negeri setelah berjaya menjadi juara dan naib johan semasa peringkat sekolah yang telah dilaksanakan pada 23 Januari yang lalu.

Untuk peringkat negeri pada kali ini, seramai 10 kumpulan daripada 5 buah sekolah di seluruh negeri Sabah mengambil bahagian. Selain SM La Salle, sekolah yang terlibat ialah SM All Saints, Maktab Sabah, SM St Michael Penampang dan SM Sung Siew Sandakan. Tema pertandingan pada tahun ini ialah Sustainable Living Systems.

Team TITANS

Nama produk: T. Eco String

Fungsi: Membolehkan botol plastik dipotong dan menghasilkan tali plastik yang boleh diubah menjadi alatan perhiasan, penyapu dan pelbagai lagi.

Team VEGA

Nama produk: Fueler X

Fungsi: Menjadikan gas Hidrogen sebagai sumber tenaga baru bagi menggantikan petrol.

Berikut antara gambar-gambar semasa berlangsungnya #MyGeek-a-thon State Finals:

Akhirnya, dua kumpulan yang mendapat markah tertinggi diumumkan di akhir pertandingan. Mereka akan mewakili negeri Sabah untuk #MyGeek-a-thon National Finals pada bulan Mei nanti. Tempat kedua dimenangi oleh Team VEGA, SM La Salle dan Johan pada tahun ini ialah Team Orange Car, Maktab Sabah. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!

Disediakan oleh,

Intan Rasyida M. Iyen.

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close