#TB M.A.K (Majlis Anugerah Kecemerlangan) 2019

Ceritera kali ini ialah #throwback M.A.K yang telah berlangsung pada 06.04.19 yang lepas. Syukur alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah teknikal berlakušŸ˜„.

Dimulakan dengan upacara sambut tamu oleh anak-anak silat dan tarian singa semestinya merupakan aktiviti setiap tahun.

Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada YB Tuan Awang Husaini Bin Datuk Awang Sahari kerana sudi hadir sebagai Tetamu Kehormat kami pada tahun ini. Jasamu dikenang YB.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan Pn. Mary Macdalena A Komuji, Pengetua Cemerlang SM La Salle dan seterusnya dirasmikan oleh YB Tuan Awang Husaini Bin Datuk Awang Sahari, Ahli Parlimen P.173 Putatan.

Penyampaian anugerah kepada lassalians yang cemerlang kali ini sama seperti tahun-tahun yang lepas mengikut kategori masing-masing iaitu:

Anugerah Biasiswa Old Boys

Sijil Warna Penuh Sukan

Sijil Warna Separuh Sukan

Sijil Warna Penuh Perkhidmatan

Sijil Warna Separuh Perkhidmatan

Pelajar Terbaik Mengikut Kelas

Pelajar Terbaik Mengikut Tingkatan

Pelajar Cemerlang PT3, SPM, STPM dan MUET 2018.

PIBG examplary Studentd Award

Chairman’s Award

Patron’s Award

President’s Award

Lassalian Of The Year

Syabas dan tahniah kepada semua lassalians yang menerima anugerah. Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan guru yang bertugas sehingga majlis kita selesai.

Terima kasih YB,

Moga-moga sudi datang lagi.

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close