Seramai 10 orang pelajar Kadet Beruniform PKBM (D) SM La Salle telah mengikuti perkhemahan peringkat negeri yang diadakan pada 07 April 2019– 12 April 2019 bertempat di ULS Kem Paradise Kota Belud Sabah. Penyertaan dari 15 buah sekolah seluruh Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan telah turut serta.
Antara acara yang dipertandingkan ialah acara kawad, menembak, pandu arah, rempuh berhalangan dan malam akrab yang dilangsungkan pada penutup perkhemahan. Kadet sekolah telah berjaya merangkul gelaran naib johan bagi acara merentas halangan bagi kategori lelaki. Penyertaan sekolah dalam perkhemahan ini merupakan acara wajib setiap tahun selain dari perkhemahan Unikem bagi tujuan mencapai objektif melahirkan pelajar yang sentiasa berdisiplin dan berkeyakinan tinggi dalam semua bidang. Tahniah buat semua yang terlibat.
Laporan disediakan oleh,
Utz Mohd Norfirdaus Yusop