Pada 1 Mei 2019, Pertandingan #MyGeekMovement Grand Finals (Peringkat Kebangsaan) telah diadakan di Sepang International Circuit, Selangor. Pada masa yang sama, turut berlangsung ialah Program Make The Future SHELL Eco-Marathon yang melibatkan pelajar-pelajar universiti seluruh Asia.
Seramai enam kumpulan telah berjaya melayakkan diri untuk pertandingan kali ini iaitu SMK Aminuddin Baki, SMK Putrajaya Presint 11(1), SMK Bintulu, SMK Lutong, Maktab Sabah dan SM La Salle.Perjalanan ahli kumpulan VEGA, iaitu Ryan Anakin Chong, Elther Ethalbert dan Ian Carter bersama guru pengiring, Puan Intan Rasyida M. Iyen bermula dengan menaiki penerbangan seawal jam 5.35 pagi. Setelah tiba di KLIA2, perjalanan diteruskan ke tempat pertandingan, Sepang International Circuit.Beberapa aktiviti telah disusun oleh pihak SHELL sebelum pertandingan dimulakan. Antaranya, Sesi Perkongsian “LIFE OF A SHELL ENGINEER” bersama Ms Cindy Sagan dan Mr Asun Entaban. Dalam sesi ini, mereka berkongsi pengalaman, latar belakang dan harapan mereka. Pelajar mendapat banyak info dan motivasi diri turut meningkat untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti.
Seterusnya, peserta diberi “VIP TOUR” untuk melihat sendiri persedian peserta SHELL Eco-Marathon yang telah bermula dua hari lebih awal. Pelbagai jenis ciptaan kereta/prototaip yang menggunakan pelbagai jenis sumber kuasa. Peserta juga berpeluang menyaksikan perlumbaan kereta ini di atas litar. Yang lebih menarik, terdapat 3 pasukan yang kesemua ahlinya adalah perempuan iaitu daripada negara Brunei, Arab Saudi dan India.
Setelah selesai makan tengahari, tibalah giliran peserta #MyGeekMovement menyediakan pameran mereka pula untuk dipertandingkan. Tepat jam 2 petang, pameran dibuka kepada umum dan mereka berpeluang untuk mengundi kumpulan pilihan mereka. Semua kumpulan bersungguh-sungguh untuk menarik perhatian umum demi mendapatkan undi yang mewakili 10 peratus daripada keseluruhan markah.
Penjurian rasmi bermula pada jam 3.30 petang. Juri terdiri daripada Mr. Richard Kho (General Manager, East Operated, Shell Malaysia), Mdm Xiaowei Lu (Vice President, External Relations Asia Pacific Shell International) dan Mdm Sumitra Nair (Vice President, Malaysia Digital Economy Corporation- MDEC).Setelah selesai proses penjurian, para peserta berpeluang berjumpa secara langsung dengan Datuk Iain Lo ( Shell Malaysia Country Chair) dan YB Ong Kian Ming (Deputy Minister, MITI) dan menyampaikan pembentangan projek di hadapan mereka. Satu peluang yang tidak mudah diperolehi dan mereka semua mendapat maklum balas yang sangat baik.
Tibalah masa pengumuman pemenang, dan akhirnya SMK Bintulu dinobatkan sebagai Johan #MyGeekMovement 2019. Tahniah diucapkan!
Buat kumpulan yang lain, semua telah berusaha untuk memberikan yang terbaik, tetapi rezeki tidak menyebelahi. Namun, peluang dan pengalaman yang diperoleh untuk menjejakkan kaki sehingga ke peringkat ini, adalah sangat berharga dan tidak ramai yang dapat merasainya. Syabas diucapkan kepada semua peserta!
Laporan disediakan oleh,Pn. Intan Rasyida binti Muhammad Iyen