6.8.19 Pelancaran Gema Merdeka La Salle dilancarkan dengan meriahnya. Pengetua Cemerlang Pn. Mary Macdalena A. Komuji telah merasmikan majlis ini dengan menurunkan tandatangan pada Banner Sambutan Gema Merdeka sebagai simbolik cinta kepada Malaysia.
Penyelaras Prgoram ini ialah Puan Rosmawati Hasnida Razali bersama guru-guru bidang kemanusiaan turut menjadi pendukung bagi memastikan aktiviti yang dirancangkan berjalan lancar.
Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih begitulah tema bulan kemerdekaan kali ini. Semoga semangat cintakan negara terus bersemarak dalam jiwa semua warga La Salle.
Beberapa persembahan telah disaksikan pada hari ini oleh anak-anak junior La Salle yang berbakat. 😊 Tahniah!