Pada 12 Oktober 2019, bertempat di Dewan Kuliah Pusat 18, Universiti Malaysia Sabah (UMS), telah berlangsung Pertandingan YOUNG INNOVATORS CHALLENGE (YIC) 2019. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah berumur 13 – 17 tahun seluruh negara.
Cabaran YIC pada tahun ini ialah, peserta diminta menghasilkan projek untuk membantu menyelesaikan masalah kepada enam jenis pekerjaan iaitu nelayan, pemandu lori, penjaga keselamatan, jururawat, penjaga stor dan pemandu bas sekolah. Projek ini hendaklah menggunakan open source microcontroller (ie: Arduino, Raspberry PI) dan open source software (ie: App Inventor, Python).
SM La Salle telah menghantar satu kumpulan yang bergelar Super Coders terdiri daripada pelajar tingkatan dua iaitu Muhammad Suhail Akmal bin Suhaili, Alain Narbert dan Muhammad Saiful Izzuddin bin Mohd Noordin untuk menyertai YIC pada tahun ini. Kumpulan ini telah memilih cabaran bagi kerjaya jururawat.
A-SD ataupun Auto Sanitizer Dispenser adalah projek yang dicipta oleh kumpulan Super Coders untuk membantu jururawat menjalankan tugas mereka lebih cepat dan tahap kebersihan yang lebih terjamin. Jururawat tidak lagi memerlukan sanitizer yang manual dan hanya perlu memasukkan tangan ke dalam A-SD dan secara automatik, sanitizer akan dipam keluar.
Projek ini telah berjaya layak ke peringkat kedua, iaitu hanya 10 kumpulan terpilih berbanding 63 pasukan yang bertanding. Mereka dinilai oleh pasukan hakim yang lain dan akhirnya Kumpulan Super Coders SM La Salle dianugerahkan pencapaian pingat perak. Tahniah diucapkan!
Laporan disediakan oleh,
Pn. Intan Rasyida Binti Muhammad Iyen