Kejohanan Ragbi MSSS peringkat negeri Sabah telah berlangsung pada 18 hingga 22 Februari 2020 bertempat di Padang ERC, Sandakan. Pasukan Ragbi Daerah Kota Kinabalu diwakili oleh 10 pelajar SM La Salle dan 15 pelajar Maktab Sabah. Dalam kejohanan ini, Pasukan Ragbi Daerah Kota Kinabalu telah berjaya merangkul johan bagi kategori Bawah 18 tahun. Berikut merupakan senarai pegawai dan peserta yang mewakili daerah Kota Kinabalu :
Dalam kejohanan ini juga, Lasallian Mohd Daniel Saiful telah dipilih sebagai penerima anugerah Best Forward MSSS. Sidang redaksi mewakili pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan para Lasallians dan guru-guru pengiring yang telah mengharumkan sekolah di peringkat negeri.