#MyGeekMovement SHELL STEM State Finals 2020

#MyGeekMovement SHELL STEM State Finals 2020 telah dijalankan pada 11 Mac 2020 bertempat di Plaza SHELL, Kota Kinabalu, Sabah. Dua kumpulan yang layak ke peringkat ini mewakili SM La Salle ialah Team Sprout (Ryan, Leander, Huguan) dan Team Triumvirate (Harith, Haziq, Ian Hamry). Mereka adalah pemenang tempat pertama dan kedua semasa #MyGeek-a- thon bulan lalu.

Tema pada tahun ini ialah Nxplorers Nexus – Food, Water and Energy. Seramai 8 buah kumpulan lagi bertanding pada peringkat ini yang masing-masing mewakili sekolah berikut iaitu SM Sung Siew, Sandakan, SM St Michael, Penampang, SM All Saint dan Maktab Sabah.

photo_2020-03-12_13-03-05Team SPROUT

photo_2020-03-12_13-05-25

Nama produk: BURAN

Fungsi: Menghasilkan belon air (water bubbles) yang boleh dimakan secara langsung dan seterusnya mengurangkan penggunaan botol plastik.

photo_2020-03-12_13-02-57Team TRIUMVIRATE

photo_2020-03-12_13-05-30Nama produk: GEOHYDRATER

Fungsi: Mengawal air yang digunakan untuk menyiram tanaman yang dikawal melalui aplikasi pada smartphone.

 

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang pertandingan dijalankan:

photo_2020-03-12_13-05-23Sarapan dahulu sebelum memulakan pertandingan.
photo_2020-03-12_13-05-07Taklimat awal oleh Cik Zairustina Putit kepada semua peserta dan guru pengiring.
photo_2020-03-12_13-05-02Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Victoria Catherine Kongi turut hadir memberikan sokongan.
photo_2020-03-12_13-04-06Antara tetamu jemputan yang terdiri daripada kakitangan SHELL hadir untuk melihat pameran dan seterusnya mengundi kumpulan pilhan mereka. Undian mewakili 10% daripada markah keseluruhan.
photo_2020-03-12_13-04-54Antara tetamu jemputan yang terdiri daripada kakitangan SHELL hadir untuk melihat pameran dan seterusnya mengundi kumpulan pilhan mereka. Undian mewakili 10% daripada markah keseluruhan.
photo_2020-03-12_13-04-51Antara tetamu jemputan yang terdiri daripada kakitangan SHELL hadir untuk melihat pameran dan seterusnya mengundi kumpulan pilhan mereka. Undian mewakili 10% daripada markah keseluruhan.
photo_2020-03-12_13-03-52Proses penjurian tengah dijalankan. Juri pada tahun ini ialah Mr Prithipal Singh, General Manager Sabah SHELL Petroleum Company Ltd, Dr Sivakumar Kumaresan, Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Pn. Rosaineh Suhaibul, pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
photo_2020-03-12_13-03-26Proses penjurian tengah dijalankan.
photo_2020-03-12_13-02-52Saat yang mendebarkan… Pengumuman pemenang oleh Mr. Prithipal.

Nampaknya Team La Salle kurang bernasib baik pada kali ini. Tempat kedua disandang oleh pasukan SM St Michael, Penampang dan Johan ialah pasukan SM Sung Siew, Sandakan. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semoga berjaya di peringkat kebangsaan nanti.

Kepada Team La Salle diharapkan mengambil pengajaran dan semoga pengalaman yang diperoleh pada kali dapat membantu untuk kejayaan masa akan datang.

 

Laporan disediakan oleh,

Pn. Intan Rasyida Binti Muhammad Iyen

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close