Sukacita dimaklumkan bahawa proses pendaftaran semula semua pelajar Sekolah Menengah La Salle Kota Kinabalu bagi sesi persekolahan 2021 akan dilaksanakan dalam dua mod, iaitu secara atas talian atau bersemuka. Para ibu bapa / penjaga boleh memilih salah satu mod seperti dalam butiran berikut :
Mod 1 : BERSEMUKA
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tarikh : 11 Januari 2021 (Isnin) – Tingkatan 4 Sesi 2021
12 Januari 2021 (Selasa) – Tingkatan 5 Sesi 2021
13 Januari 2021 (Rabu) – Tingkatan 2 Sesi 2021
14 Januari 2021 (Khamis) – Tingkatan 3 Sesi 2021
Kaedah : Ibu Bapa / Penjaga datang ke Dewan SAC, Kampus Junior, SM La Salle Tanjung Aru untuk membuat pendaftaran di kaunter yang disediakan dengan membawa dokumen yang tersenarai dalam surat makluman pendaftaran semula.
Mod 2 : ATAS TALIAN
Tarikh : 1 – 15 Januari 2021
Kaedah : Isi borang google form mengikut arahan yang ada pada pautan https://forms.gle/ZRWoMNij2a1suWXN9
Sila muat turun (Download) surat makluman pendaftaran semula bagi semua pelajar di bawah untuk maklumat lanjut. Keperihatinan dan kerjasama anda kami dahului dengan ucapan terima kasih.