Sukacita dimaklumkan bahawa proses pengesahan / pendaftaran kemasukan pelajar tingkatan 1 sesi persekolahan 2021 Sekolah Menengah La Salle akan dilaksanakan dalam dua mod, iaitu secara atas talian atau bersemuka. Para ibu bapa / penjaga boleh memilih salah satu mod seperti dalam butiran berikut :
Mod 1 : BERSEMUKA
Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang
Tarikh : 28 – 30 Disember 2020 (Isnin – Rabu)
Tempat : Pejabat Am, Kampus Senior, SM La Salle, Tanjung Aru
Mod 2 : ATAS TALIAN
Tarikh : sebelum jam 2 petang, 30 Disember 2020
Kaedah : Isi borang google form mengikut arahan yang ada pada pautan https://forms.gle/vzbfBS2cwXz1y8YR7
Sila muat turun (download) bahan di bawah untuk maklumat lanjut. Kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.