Pertandingan Penulisan Kreatif Bahasa Cina Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah Dan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022

Pada 27 April 2022,Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran  Negeri Sabah telah mengadakan Pertandingan Penulisan Kreatif Bahasa Cina Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 yang bertempat di JPN, negeri Sabah,Kota Kinabalu.

SM La Salle telah menghantar dua orang pelajar iaitu Dennis Lai Teck Leong dan Lee Chung Hang untuk menyertai pertandingan penulisan sajak kategori Menengah Tinggi , manakala Lau Jer Vui,Chong Chuan Sheng,Alvin Tiong Siu Yiu, Nico , Nigel Chong Jia Sheng, Marcus Tsen Hong Jun, dan Victor Wong Zing Hong pula menyertai kategori  menengah rendah dalam pertandingan penulisan  sajak.

 Lasallian Nigel Chong Jia Sheng berjaya memperoleh hadiah tempat ketiga dalam pertandingan peringkat negeri Sabah dan beliau terpilih untuk menyertai Pertandingan Penulisan Kreatif Bahasa Cina Peringkat Kebangsaan.. Diharap pasukan SM La Salle dapat memperoleh keputusan yang lebih cemerlang pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh Pn. Lim Hoi Yuen, Ketua Panitia Bahasa Cina, SM La Salle, Kota kinabalu.

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close