Kejohanan Merentas Desa SM La Salle Kota Kinabalu 2022

Kejohanan merentas desa peringkat sekolah adalah satu acara tahunan yang dijalankan bagi memupuk semangat juang setiap ahli rumah sukan dalam pertandingan. Setelah 2 tahun acara ini tidak dilaksanakan berikutan wabak Covid-19, para peserta sangat bersemangat untuk menjayakan kejohanan merentas desa pada kali ini. Selain itu, acara ini juga dapat memupuk gaya hidup sihat di kalangan murid.

Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut :

  1. Tarikh : 8 Julai 2022 (Jumaat)
  2. Masa : 7.00 pagi – 11.00 pagi
  3. Tempat : Kawasan Tanjung Aru

Semua warga SM La Salle telah bekerjasama untuk memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid (kecuali yang mempunyai masalah kesihatan) telah turut serta berlari di sepanjang laluan yang telah ditetapkan. Terdapat ibu bapa murid juga menyertai kejohanan kali ini. Para guru dan pelajar bertugas telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. Puan Pengetua Cemerlang, Puan Mary Macdalena A. Komuji serta Encik Ho Kin Wong, Pengerusi Lembaga Pengurusan Pembangunan Sekolah juga telah turun padang untuk melepaskan para peserta mengikut kategori. Selain itu, kehadiran Sukarelawan Pengawal Berbasikal (Volunteer Cycling Marshals) yang dikenali 88 Bikers Club telah membantu mengawasi lalu lintas sepanjang acara berlangsung.

Terdapat lima kategori yang telah dipertandingkan seperti berikut :

  1. Kategori Lelaki A (Tingkatan 4 dan 5)
  2. Kategori Lelaki B (Tingkatan 2 dan 3)
  3. Kategori Lelaki C (Tingkatan 1)
  4. Kategori Lelaki Terbuka
  5. Kategori Wanita Terbuka

KEPUTUSAN RASMI (LIMA TEMPAT TERATAS)

a) Kategori Lelaki A

BilNamaRumah SukanCatatan masa
1Syafwan Bin Muhamad (5B)Crowther24:00
2Nuho Alvintus Aloisius (5B)Davies26:49
3Eshan Bin Hanel (5B)Brendan26:50
4Mohammad Danney Abdullah (4A3)Brendan26:55
5Khaleeq AreezRaphael27:00

b) Kategori Lelaki B

BilNamaRumah SukanCatatan masa
1Muhammad Ismail Iman Bin Ibrahim (2C)Crowther26:03
2Muhammad Nur Aidil Bin Azman (3V)Davies26:17
3Muhammad Ishaq Hakimi Bin Ibrahim (3A)Crowther27:00
4Hardian Sya (3P)Raphael28:13
5Ixion Chua Jeng Sim (3R)Crowther28:15

c) Kategori Lelaki C

BilNamaRumah SukanCatatan masa
1Ahmad Aidiel Ramadhan Bin Ahmad (1A)Davies25:45
2Farid’z Al-Haqky Bin Abdullah (1A)Crowther32:00
3Mohammad Fadzwan bin Abdul Wahab (1V)Raphael32:06
4Mohd Shaqri Putra Bin SudirmanCrowther32:50
5Sebastian Febrythen BonnieRaphael34:29

d) Kategori Terbuka Lelaki

BilNamaCatatan masa
1Pilis Epik32:35
2Datu Hilman Shah34:36
3Iwansyah Jaini36:53
4Jouni Binsin38:54
5Aloysius Pianzin43:50

d) Kategori Terbuka Wanita

BilNamaCatatan masa
1Erin Natasha32:35
2Joan Andrew34:36
3Faridah Habib36:53
4Irene Sindam38:54
5Nicole Chia43:50

KEDUDUKAN RUMAH SUKAN MERENTAS DESA 2022

JOHANDAVIES180 mata
NAIB JOHANCHARLES160 mata
TEMPAT KETIGACROWTHER152 mata
TEMPAT KEEMPATRAPHAEL136 mata
TEMPAT KELIMABRENDAN120 mata
Puan Mary Menyampaikan Hadiah
Puan Mary Menyampaikan Hadiah

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.

Kredit : Puan Intan Rasyida

~Admin~

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close