Lasallian Naib Johan dalam Kejohanan Tenpin Boling MSS Sabah 2022

Pada 1 hingga 3 Ogos yang lalu, 3 orang pelajar SM La Salle, Kota Kinabalu telah mewakili Daerah Kota Kinabalu dalam Kejohanan Tenpin Boling MSS Peringkat Negeri Sabah. Kejohanan ini telah dijalankan di KK Galaxy Bowl, Center Point Sabah dan disertai oleh beberapa buah daerah seperti Sandakan, Penampang, Papar, Keningau, Kinabatangan, Tambunan dan Kota Belud.

Lasallian yang mewakili Daerah Kota Kinabalu ialah Dennis Lai Teck Leong (4 Sains) bagi kategori Lelaki 18TKB, Muhammad Akid Hakim Bin Ag. Ismail (3 Agena) dan Awang Syamsul Khusairi Bin Ag. Samsudin (2 Rigel) bagi kategori Lelaki 15TKB.

Selain daripada itu, 4 orang Lasallian juga telah turut serta dalam kejohanan ini sebagai urusetia kejohanan bagi melancarkan lagi perjalanan pertandingan tersebut dan telah melaksanakan tugas dengan cemerlang. Mereka ialah Muhammad Suhail Akmal Bin Suhaili (5 Business), Muhammad Nazril Farrell Bin Kasirun (3 Procyon), Ahmad Fatin Saiedan Bin Mansor (2 Vega) dan Juaeril Adem Bin Junaidi (1 Capella).

Di akhir acara kejohanan tersebut, keputusan pertandingan telah mengisytiharkan Lasallian Awang Syamsul sebagai Naib Johan bagi acara perseorangan Lelaki 15TKB. Selain itu, Awang Syamsul dan Muhammad Akid diumumkan sebagai Naib Johan bagi kategori Bergu Lelaki 15TKB. Dennis Lai pula telah berjaya mendapat tempat ke-4 bagi kategori Lelaki 18TKB. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.

~Admin~

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close