Majlis Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera

Konsep Sekolahku SEJAHTERA merupakan konsep yang dilaksanakan menerusi penerapan 14 elemen nilai kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan budaya amalan baik di sekolah oleh guru dan murid.

Selain itu, konsep ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat. Ini juga akan membolehkan para murid akan meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.

Sehubungan dengan itu, Majlis Pelancaran Program Sekolahku Sejahtera telah diadakan di SM La Salle, Kota Kinabalu pada 18 Ogos 2022. Berikut merupakan teks ucapan perasmi Tn. Asp. Johri Rubinson, Pegawai Polis Perhubungan Sekolah Sm La.Salle :

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayah-Nya kita semua dapat berkumpul meraikan Majlis Perasmian Sekolahku Sejahtera Peringkat SM La Salle, Kota Kinabalu bagi Tahun 2022. Kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih unit HEM, UBK dan JK Pelaksana dapat merealisasikan majlis perasmian Sekolahku Sejahtera pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan konsep baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu Sekolahku SEJAHTERA, Konsep Sekolahku SEJAHTERA ini dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya.

Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat. Konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program sedia ada KPM berteraskan penerapan nilai murni.

Hadirin sekalian,

Sekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep yang memberi penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murni yang ditetapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah, khususnya murid.

14 elemen tersebut adalah:

S – Selamat, Seronok dan Sihat

E – Etika dan Empati

J – Jati Diri

A – Adab Sopan

H – Harmoni

T – Tekun, Teliti dan Terampil

E – Eksplorasi

R – Rasional

A – Artikulasi

Hadirin sekalian,

Secara asasnya, elemen SEJAHTERA perlu sentiasa diterap, dihayati serta diamalkan sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga sekolah. Dengan ini, kita akan dapat melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian unggul dan mampu bersaing di peringkat dunia.

Konsep ini bukanlah satu mata pelajaran baharu atau sisipan mata pelajaran sedia ada. Malah konsep ini tidak akan menambah beban tugas guru termasuk pelaporan tentang pelaksanaannya. Apa yang penting adalah untuk guru serta masyarakat bersama-sama menerapkan konsep ini dalam diri generasi pewaris negara supaya nilai murni tersebut sentiasa tersemat di hati mereka.

~ Admin ~

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close