Pra-UNIKEM 2022

Pada 18 Ogos 2022 yang lalu, Unit Kokurikulum SM La Salle, Kota Kinabalu telah menganjurkan aktiviti Pra-UNIKEM 2022 di Pavilion John Lee, Kampus Junior. Sebelum itu, aktiviti Pra-Unikem 2022 ini juga turut diadakan di Dewan SM La Salle, Kampus Senior pada 04 Ogos 2022. Aktiviti Pra-Unikem di Kampus Junior memberi peluang penglibatan kepada murid-murid menengah rendah manakala aktiviti Pra-Unikem di Kampus Senior pula memberi peluang penglibatan kepada murid-murid menengah atas dalam kegiatan kokurikulum. Ini membolehkan lebih ramai penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang diadakan.

Pra-Unikem 2022 Kampus Junior

Aktiviti Pra-Unikem 2022 ini adalah sebagai persediaan sebelum penganjuran UNIKEM SM La Salle 2022 yang yang memberi peluang penglibatan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum terutama kegiatan unit beruniform. Melalui aktiviti Pra-Unikem ini, murid-murid dalam pasukan unit beruniform SM La Salle seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Kadet Remaja Sekolah (KRS), Kadet Polis, Kadet Bomba dan Kadet Koreksional berpeluang melibatkan diri dalam pertandingan Kawad Kaki Statik.

Pra-Unikem 2022 Kampus Senior

Pertandingan yang dijalankan dalam waktu kokurikulum secara santai dan bersahaja ini juga bertujuan untuk memupuk minat para murid agar bertekad untuk melibatkan diri secara lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum, khususnya unit beruniform.

Pra-Unikem 2022 Kampus Junior

Walaupun aktiviti dijalankan secara santai dan bersahaja namun aktiviti ini dapat meningkatkan semangat murid-murid untuk mencuba sebaik mungkin agar dapat menyaingi kehebatan pasukan-pasukan lain. Ini sekali gus meningkatkan semangat berpasukan dan kerjasama dalam kalangan murid-murid untuk mendapat pencapaian yang terbaik.

Pra-Unikem 2022 Kampus Junior
Pengakap Johan Pertandingan Kawad Kaki Kategori Menengah Atas

Pertandingan Kawad Kaki Statik di Kampus Junior telah dinilai dan diadili oleh En. Suhaili Hj. Ahmad, En. Jeoffery F. Tating dan Pn. Maalar Vili Santia. Diakhir pertandingan ini, keputusan penjurian di Kampus Junior telah memihak kepada BSMM sebagai johan pertandingan, Pengakap sebagai naib johan, Bomba ditempat ketiga dan KRS ditempat keempat. Manakala keputusan pertandingan di Kampus Senior telah dimenangi oleh Pengakap sebagai johan pertandingan, naib johan dimenangi oleh BSMM dan tempat ketiga disandang oleh Kadet Bomba. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.

~Admin~

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close