Khidmat Bantu oleh Task Force 4 Pemusatan JTK PPD Kota Kinabalu

Pada 22 dan 23 Ogos 2022, SM La Salle Kota Kinabalu telah dilawati pasukan Task Force 4 Pemusatan JTK PPD Kota Kinabalu. Pasukan ini terdiri daripada En. Al-Kausar Bin Ismail, En. Mohd. Asri Bin Ismail, En. Jamaun Bin Mongankim, En. Salimullah Bin Moksin, En. Mohd. Daud Asan Olaybal dan En. Alfian Dualan.

Admin dua dari kanan bersama pasukan Task Force 4 PPD Kota Kinabalu

Melalui lawatan ini, pasukan ini telah membantu SM La Salle Kota Kinabalu, khususnya berkaitan ICT di Pusat Sumber Kampus Senior. Antara perkara yang dilakukan oleh pasukan ini di Pusat Sumber Kampus Senior ialah :

  1. Menyelenggara dan membaik pulih 5 buah komputer
  2. Membaik pulih pendawaian internet
  3. Mewujudkan sistem rangkaian berpusat

Saya mewakili pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan Task Force 4 PPD Kota Kinabalu atas khidmat bantuan yang diberikan. Terima kasih.

~Admin~

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close