Program Pemurnian Tatabahasa Sekolah Menengah DSKP Bahasa Melayu

SM La Salle Kota Kinabalu telah dipilih dalam Program Pemurnian Tatabahasa Sekolah Menengah DSKP Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Program yang diadakan pada 25 Ogos 2022 (Khamis) dan bertempat di Student Activity Centre (SAC) Kampus Junior itu telah memberi peluang kepada murid-murid tingkatan 5 untuk memperbaiki penguasaan mereka dalam Bahasa Melayu. Selain itu, beberapa teknik pembelajaran juga diberi oleh penceramah yang bertandang ke sekolah ini. Berikut serba sedikit latar belakang penceramah.

Profil Dato Eswaran A/L Eperumal (Penceramah Bahasa Melayu)

  1. Munsyi Dewan
  2. Pengarah syarikat  ES Tutorial Ventures
  3. Penerima anugerah Citra Sahabat DBP
  4. Sahabat DBP kategori individu 2017
  5. Anugerah tokoh Ujana DBP
  6. Penerbit buku Rahsia Tatabahasa
  7. Penulis buku DBP
  8. Menulis buku Cara Mudah Menguasai Klausa dan Keunikan Ayat Pasif
  9. Pemenang anugerah Malaysian Young Entrepreneur Award
  10. Ketua Biro Pendidikan Sahabat Malaysia
  11. Ketua Biro Pendidikan Sahabat Selangor
  12. Mengendalikan lebih 114 LADAP Inovasi Tatabahasa di seluruh negara
  13. Mencipta 343 formula inovasi dalam tatabahasa, karangan, rumusan, komsas dan novel
  14. Pentauliahan terkini beliau adalah sebagai “Adjent profesor”  Di Universiti MAHSA

Terima kasih atas perkongsian yang disampaikan.

~Admin~

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close