UNIKEM 2022

Pada 26 dan 27 Ogos yang lalu, Unit Kokurikulum SM La Salle Kota Kinabalu telah menganjurkan Perkhemahan Unit-unit Beruniform (UNIKEM) 2022. Melalui perkhemahan ini, semua unit beruniform seperti Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Kadet Polis, Kadet Bomba, Kadet Koreksional, Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah turut serta dalam acara yang dilaksanakan. Selain itu, pasukan Tae Kwan Do SM La Salle juga melibatkan diri dalam acara majlis pembukaan perkhemahan.

Di dalam perkhemahan ini, terdapat pelbagai acara yang dijalankan. Antaranya ceramah, bengkel, malam kebudayaan, kawad kaki dan sub stesen. Melalui aktiviti ceramah dan bengkel, pelbagai info berguna telah disampaikan kepada para peserta seperti pertolongan cemas, fungsi ikatan dalam kehidupan, pemasangan khemah dan lain-lain. Pada acara malam kebudayaan, para peserta telah berusaha menyampaikan persembahan terbaik. Ini kerana acara ini merupakan salah satu acara yang dipertandingkan selain daripada aktiviti kawad kaki dan sub stesen. Berikut serba sedikit paparan di sepanjang UNIKEM 2022 :

Kadet Bomba Johan Persembahan Malam Kebudayaan
Juri Acara Malam Kebudayaan
BSMM Johan Keseluruhan sempena UNIKEM 2022
Pasukan KRS
Peserta beragama Islam melaksanakan solat secara berjemaah
Penyediaan laluan berhalangan oleh pasukan KRS
Pengakap
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close