SHELL NXPLORERS MALAYSIA SCHOOL LEVEL CHALLENGE 2022

PENGENALAN PROGRAM SHELL NXPLORERS MALAYSIA

Program SHELL NXPLORERS MALAYSIA sebelum ini dikenali dengan nama #MyGeekMovement SHELL STEM MALAYSIA, merupakan satu inisiatif pelaburan sosial oleh pihak SHELL Malaysia untuk memberi pendedahan awal dan menerapkan minat pelajar terhadap bidang sains, kejuruteraan serta informasi dan teknologi (IT) dan seterusnya dapat meningkatkan jumlah graduan dalam bidang STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) bagi memenuhi aspirasi dan mencapai sasaran peringkat kebangsaan.

SHELL NXPLORERS MALAYSIA SCHOOL LEVEL CHALLENGE 2022 merupakan acara kemuncak setelah semua peserta berjaya menjalani bengkel dan latihan di bawah bimbingan Puan Jasmine Tea selaku coach, Mr Alvin Chong Chon Kiat sebagai mentor serta tiga orang guru pembimbing iaitu Puan Intan Rasyida M. Iyen, Cik Rohanilah Martin dan Puan Noridayu Kamarulzaman.

Untuk tahun ini, sebanyak lapan kumpulan menyertai program ini. Setiap kumpulan diminta menghasilkan satu projek berdasarkan tema yang ditetapkan iaitu Nxplorers Nexus – Food, Water and Energy. Semua kumpulan mempamerkan hasil kerja mereka dan berkongsi ilmu dan pengalaman yang telah diperoleh kepada murid-murid lain pula. Berikut merupakan senarai nama peserta tahun ini:

TEAM NAMETEAM MEMBERSCLASS
TECH 3CEDRIC ZAVIAN MOSIKUL
ECHO JAVIER JAMAIN
ETHANN ETHALBERT
3V
3V
3V
RHAPSODYHAIRIE RYAN BIN MOHD YAAKOB
KHAIRUL IHSAN BIN MOHD SAN
MUHAMMAD IRSYAD BIN ROLAN
3V
3V
3V
GREEN TECHIDEN JOSHUA JOHN F ISIDORE
NIKKESH A/L SURESH
MUHAMMAD IMAN MOHAMMAD TAHA
3V
3V
3V
THE 360 VEGASNUR EYRIS SHAH BIN NORMAN
MUHAMMAD ZAHREEN BIN ZAMRI
SINDHU KUMARAN A/L MUNISPARAN
2V
1V
1V
TROOPS TECHCURTIS KENNY WALTER KALING
HAFIZH ZAYANI BIN HELMI NAZRIN
AAMOS JUNIOR CLARENCE
1R
1R
1R
SEAGULLSMUHAMMAD IZZ ZIQRI RAYYAN
CHESTER ALEXANDER FERNANDEZ
EUGENE MAKOTO JOHN KIMSIN
1R
1R
1R
SCORPIOADAM BIN DZULCARNAEN
TAN JOON KIDD
ADAM BIN AZMAN
2V
2V
1R
TEAM BUILDMUHAMMAD DANISH BIN AHMAD ZUL FAHMI
EVAN STEINBRENNER
ANDY CHU
3V
1R
1R

Seramai tiga orang juri dijemput untuk menilai semua projek oleh kumpulan yang bertanding, iaitu:

  • Puan Cornelia Audrey Mudi, Penolong Pengarah, Unit TVET, JPN Sabah.
  • Dr Sitti Junaida Ambo, SISC+, PPD Kota Kinabalu.
  • Mr Ahmad Hafeezi bin Ali Amat, Kinabalu Coders.

Penilaian dibuat berdasarkan 3 aspek iaitu Problem Solving (35%), Learning Journey (30%) dan Technical (30%). Manakala 5% lagi adalah daripada undian yang dibuat oleh murid-murid yang hadir semasa pertandingan dijalankan.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN:

Tempat Pertama: THE 360 VEGAS

Tempat Kedua: SEAGULLS

Tempat Ketiga: RHAPSODY

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROGRAM DIJALANKAN:

SHELL NXPLORERS MALAYSIA SCHOOL LEVEL CHALLENGE 2022 ( SM LA SALLE ) 13 OKTOBER 2022
Murid-murid melihat projek yang telah dihasilkan.
Taklimat oleh Pn Noridayu cara untuk mengundi kumpulan pilihan.
Sesi penjurian oleh juri jemputan.
Sesi penjurian oleh juri jemputan.
Sesi penjurian oleh juri jemputan.
Guru bertugas: Cik Rohanilah, Pn Intan, En Suhaili dan Pn Noridayu bersama petugas di Bahagian Undian.
Suasana di dalam dewan semasa pameran projek.
Semasa majlis penutupan. Turut hadir, Pn Victoria Catherine Kongi, Penolong Kanan Pentadbiran SM La Salle.
Ulasan penjurian oleh Mr Ahmad Hafeezi.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menghasilkan pelbagai projek yang menarik serta tidak berputus asa dalam menyertai program ini. Anda masih berpeluang untuk membaiki projek masing-masing di masa akan datang. Kepada kumpulan The 360 Vegas yang akan mewakili SM La Salle ke peringkat negeri bulan depan, diharapkan beroleh kejayaan dan dapat mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua warga La Salle yang telah turut menjayakan program ini. Semoga semua LaSallian mendapat inspirasi serta sama-samalah kita saling menyokong antara satu dengan yang lain demi manfaat bersama.

Laporan disediakan oleh,

Pn Intan Rasyida binti Muhammad Iyen.

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close