BULAN IHYA RAMADAN 2023

Saban tahun, SM La Salle akan mengadakan program tadarus Al-Quran. Alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi sekali lagi  pada tahun 2023 ini warga La Salle terutamanya murid-murid dari tingkatan 1 hingga 5 berkesempatan untuk sama-sama memeriahkan serta menjayakan program Ihya Ramadan.

Program Tadarus Al-Quran ini dipantau dan dikawal oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam blok junior dan senior. Aktiviti tadarus Al-Quran ini bermula dari 20 Mac 2023 sehingga 18 April 2023. Semoga aktiviti tadarus ini akan terus mendapat sambutan dalam kalangan murid dan guru Sm La Salle.

Tahun 2023 ini memberi kenangan yang sangat istimewa buat warga La Salle kerana bukan sahaja Program Tadarus Al-Quran yang dijalankan tetapi aktiviti lain seperti kuiz, ceramah, berzikir, berselawat yang mana aktiviti-aktiviti ini dikawal selia oleh guru-guru Islam yang lain. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid Islam yang lain yang tidak menyertai tadarus Al-Quran.

Akhirnya, pada tanggal 18 April 2023, pihak Panitia Pendidikan Islam SM La Salle telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Perdana sekaligus sebagai penutup bulan Ihya Ramadan bagi sesi 2023. Seramai 110 orang murid telah berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan kali ini. Syabas serta jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SM La Salle kerana telah memeriahkan dan menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang.

Tadarus Al-Quran di Kampus Junior
Tadarus Al-Quran di Kampus Junior
Tadarus Al-Quran di Kampus Senior
Tadarus Al-Quran di Kampus Senior
Motivasi dan nasihat daripada Cikgu Dayangku Rodiana
Majlis Khatam Al-Quran Perdana
Majlis Khatam Al-Quran Perdana

Laporan disediakan oleh Pn. Noraziah Ag.Ismail

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close