SHELL NXPLORERS WORKSHOP SCHOOL LEVEL 2023

Pada 23 hingga 24 Mei 2023, bertempat di Pusat Sumber Kampus Junior, telah berjalan program Shell NXplorers Workshop School Level 2023 yang melibatkan 30 peserta dan 3 orang guru pembimbing iaitu Puan Noridayu Kamarulzaman, Puan Rohanilah Martin dan Puan Intan Rasyida Md. Iyen.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada SHELL NXplorers (https://nxplorers.com/) – program STEM global SHELL yang melengkapkan golongan muda dengan kemahiran berfikir yang kompleks dan kreatif yang diperlukan untuk menjadi pencetus menuju kepada perubahan yang positif.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari pertama ialah Intoduction to Shell NXplorers Malaysia, Team Agreement, Problem Statement, Connection Circle Tool dan Connection Circle Critical Friends/Ambassador.

Pada hari kedua, peserta melaksanakan aktiviti Mental Models, Scenario Planning Quadrant Tool, Ideation, Feasibility Funnel Tool, Persuasion Pyramid Tool, Pitch preparation dan Pitch presentation.

Tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai bengkel selama dua hari ini. Perjalanan baru sahaja bermula. Semua peserta sudah bersedia untuk meneruskan perjuangan untuk menjalankan program ini hingga ke hari kemuncak iaitu Shell Nxplorers School Level Challenge yang dijadualkan pada bulan September ini. Semoga semua peserta berjaya menyiapkan projek masing-masing dan terus bersemangat untuk mempelajari perkara baharu. Terima kasih kepada pihak Shell Malaysia yang masih terus sudi untuk menaja program ini. Semoga memberi manfaat bukan sahaja kepada peserta terlibat, tetapi juga buat semua warga SM La Salle.

Laporan disediakan oleh,

Puan Intan Rasyida Md. Iyen.

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close