Pengenalan PSS

Pusat Sumber SM La Salle

Kota Kinabalu, Sabah

VISI

Pusat sumber sekolah berkualiti menjana minda berinformasi.

MISI

Merealisasikan pusat sumber sekolah sebagai pusat mengumpul, menyimpan, menyalurkan sumber maklumat kepada pelanggan serta berusaha untuk meningkatkan taraf pusat sumber sekolah seiring dengan matlamat wawasan negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MOTTO

Pusat Sumber Sekolah Ke Arah Kecemerlangan Budaya Ilmu

PIAGAM

Kami warga Pusat Sumber SM La Salle Kota Kinabalu, dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan:

  • Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan.
  • Menyediakan pengurusan yang cekap dan sistmatik dalam peminjaman dan pemulangan buku serta pemprosesan bahan.
  • Menyediakan maklumat bahan rujukan terkini serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
  • Meningkatkan pengetahuan dan penguasaan ilmu murid-murid dan guru.
  • Menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk keselesaan pengguna PSS.

MATLAMAT

  • Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
  • Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat.
  • Mempertingkat pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.

FUNGSI

  • Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan Kurikulum dan Kokurikulum.
  • Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
  • Merupakan tempat bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
  • Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
  • Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
  • Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahran maklumat.
  • Menyediakan pelbagai jenis peluang kepada murid dalam mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
  • Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
  • Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
  • Menyediakan alatan reprografi dan rakam salin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajara

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close