Peraturan PSS La Salle

PERATURAN UMUM

  • Kebersihan dan kekemasan perpustakaan adalah tanggungjawab bersama.
  • Semua pelajar hendaklah sentiasa berdisiplin ketika berada di perpustakaan.
  • Para pelajar dilarang membuang sampah di mana jua tempat, sila gunakan bakul sampah yang disediakan.
  • Tindakan akan dikenakan kepada mana-mana pelajar yang melakukan sebarang kerosakan yang disengajakan dengan cara membayar ganti rugi.
  • Pelajar tidak dibenarkan masuk semasa waktu pengajaran tanpa pengawasan guru.

PERATURAN SEBELUM MASUK

  • Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakaan.
  • Dilarang membawa beg sekolah dan peralatan yang tajam.
  • Pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P), pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kehadiran guru.
  • Berbaris sebelum masuk dan keluar perpustakaan.

PERATURAN SEMASA BERADA DI PERPUSTAKAAN

  • Dilarang makan dan minum.
  • Dilarang membuat bising.
  • Dilarang merosakkan buku, majalah dan peralatan perpustakaan.
  • Dilarang mengambil/ mengeluarkan buku dan majalah tanpa kebenaran.
  • Murid yang didapati mencuri dan merosakkan buku akan diambil tindakan disiplin.

​PERATURAN TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN UNTUK PEMBELAJARAN DI PERPUSTAKAAN, BILIK SUMBER GURU DAN BILIK AVR

  • Tempahan hanya dibenarkan dilakukan oleh guru sahaja dengan mengisi rekod tempahan dalam fail rekod penggunaan.
  • Hanya kelas yang diiringi oleh guru sahaja dibenarkan masuk ke bilik berkenaan. Guru perlu memastikan pelajar-pelajar terkawal dalam bilik berkenaan.
  • Guru perlu mengisi buku rekod penggunaan dalam bilik berkenaan.
  • Guru perlu pastikan semua suis lampu, penghawa dingin dan semua peralatan elektrik yang lain telah ditutup sebelum keluar.
  • Guru perlu memastikan bilik sentiasa berkeadaan bersih dan teratur sewaktu meniggalkannya. White board yang digunakan untuk P&P hendaklah dibersihkan sebelum keluar.
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close