PSS SM La Salle

Pusat Sumber SM La Salle Kota Kinabalu

Pusat Sumber SM La Salle Kota Kinabalu merupakan pusat sumber yang unik berbanding pusat sumber sekolah lain. Hal ini disebabkan oleh bangunan SM La Salle Kota Kinabalu terbahagi kepada dua lokasi yang berbeza iaitu Kampus Senior dan Kampus Junior. Setiap kampus mempunyai pusat sumber sendiri. Ini menjadikan SM La Salle Kota Kinabalu mempunyai dua pusat sumber dalam sebuah sekolah.

Pusat sumber di Kampus Senior menyediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai untuk murid-murid menengah atas iaitu murid-murid tingkatan 4 dan 5; dan pelajar pra universiti. Manakala pusat sumber di Kampus Junior menyediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai untuk murid-murid menengah rendah yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 1 hingga 3. Hasrat PSS SM La Salle adalah selari dengan motto “Pusat Sumber Sekolah Ke Arah Kecemerlangan Budaya Ilmu”.

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close