KONSERT KAAMATAN KDCA-ISCEP 2023

Pada 28 Mei 2023 yang lalu, kumpulan penari SM La Salle, LaStari Budaya telah menghantar penyertaan bagi pertandingan Tarian Etnik Kreatif bersempena dengan Konsert Kaamatan KDCA – ISCEP 2023. Pertandingan ini disertai oleh kumpulan penari SM La Salle pada setiap tahun.

LaStari Budaya, SM La Salle yang mengikuti pertandingan pada hari tersebut.

Objektif Konsert Kaamatan KDCA-ISCEP ini adalah untuk menggalakkan murid bergerak aktif berkaitan kebudayaan tempatan melalui Nyanyian dan Tarian. Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memupuk minat murid sekaligus menyanjungi seni alat muzik tradisional (Sabah) Malaysia disamping mencungkil bakat-bakat baru. Ini juga secara tidak langsung meningkatkan pencapaian markah murid dalam PAJSK peringkat negeri.

LaStari Budaya telah menghantar 1 pasukan seramai 10 orang untuk mengambil bahagian di dalam pertandingan Tarian Etnik Kreatif, di bawah bimbingan Puan Bernadette, Puan Patricia dan Jurulatih Tari mereka; Encik Abi Asyraf Afi bin Aji dan Encik Aldrey Mojilip. Pasukan ini telah berjaya merangkul Johan Tarian Etnik Kreatif sekaligus tampil Johan Persembahan Terbaik Keseluruhan pada malam itu. Syabas dan tahniah diucapkan.

search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close